Sunday, 17 June 2012

USAHA DAN BERUSAHA

Assalammualaikum..
TANGGAL 28 MEI 2012....selamat sudah saya bergelar seorang pelajar di Kolej Matrikulasi Perlis.Dah tiga minggu di sini.
Orang kata, masuk matrik ni kena struggle.. yup.. memang betul. tapi.. belajar kat mana2 pun kena struggle juga kan?? Depend pada seseorang tu macam mana dia nak me'struggle'kan dirinya.. hehe. ^_^ Alahamdulillah, Allah masih beri saya peluang untuk berjuang di jalaNya. Fisabilillah.. Menuntut ilmu kan satu perjuangan di jalan Allah. :D. tak ada cerita yang menarik lagi untuk diceritakan... lagipun masa yang singkat ini tidak mengizinkan untuk bercerita panjang lebar.. cukuplah sekadar menyatakan, jika mahu berjaya.. kita perlu berusaha..  :D doakan semoga insan ini terus berjaya.. :)




gambar ini diambil masa minggu orientasi. saya ada pada number 3.. hehe. cantik kan?? kami pelajar KMP generasi ke 13. gogo caiyok.. !!






BERUSAHA
BERDOA
BERTAWAKAL
INSYAALLAH
BERJAYA
^_^

Friday, 25 May 2012

REJAB

Assalammualaikum. Kali ini saya nak kongsi satu nota yang saya ambil dari FB ustazah saya. Tajuk yang diberi oleh ustazah saya ;
 "  TERPEDAYA MENGENAI HADIS-HADIS PALSU BERKENAAN BULAN REJAB"
 Saya tak punya ilmu untuk berkongsi, hanya sekadar 'mengopy dan paste' sahaja. Jemput baca ya. :)


Bulan Rejab termasuk empat bulan hurum (bulan mulia/diharamkan berperang padanya), dan berpuasa di dalam bulan-bulan hurum ini adalah maqbul (diterima) dan mustahab (dibolehkan). Tidak ada riwayat yang berasal daripada Rasulullah SAW yang menyebutkan bahawa beliau berpuasa sebulan penuh, selain dalam bulan Ramadhan.
Dalam bulan-bulan hurum itu Rasulullah SAW paling kerap/sering berpuasa di dalam bulan Sya’ban, tetapi tidak sebulan penuh. Itulah sunnah Nabi SAW. Dalam masa empat bulan itu beliau ada kalanya berpuasa dan ada kalanya tidak, sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud:
“Beliau berpuasa hingga kami katakan (sangka) bahawa beliau tidak berbuka-buka. Dan beliau berbuka sehingga kami katakan (sangka) beliau tidak berpuasa-puasa.”

Kini, ada orang yang dalam bulan Rejab berpuasa sebulan penuh, seperti yang kita lihat dahulu di beberapa tempat. Al-Syeikh Dr. Yusoff al-Qardhawi pernah menyaksikan sendiri ada sejumlah orang yang berpuasa terus-menerus selama bulan-bulan Rejab, Sya’ban dan Ramadhan. Bahkan ditambah lagi dengan berpuasa enam hari pada permulaan bulan Syawal iaitu hari-hari yang mereka namai “Hari-hari Putih” (Ayyamul-Bidh). Setelah itu barulah mereka berhenti puasa. Mereka berhari raya pada tanggal 8 Syawwal, sebab pada tanggal 1 Syawal mereka tidak berpuasa.

Tegasnya ialah mereka berpuasa terus-menerus selama tiga bulan dan enam hari. Hanya satu hari saja (1 Syawal) mereka tidak berpuasa. Berpuasa secara demikian itu tidak berasal daripada Nabi SAW, tidak berasal daripada para sahabat Nabi dan tidak pula berasal daripada kaum salaf yang soleh.

Yang terbaik ialah berpuasa beberapa hari dan tidak berpuasa beberapa hari, tidak berturut-turut tanpa putus-putusnya. Sebagaimana telah diterangkan oleh sheikh (Al-Syeikh Dr. Yusoff al-Qardhawi) sebutkan pada bab terdahulu: Mengikut Jejak Salaf Adalah Kebaikan, dan Merekacpta Ibadah Adalah Keburukan. Oleh kerana itu sesiapa yang mengikuti jejak yang benar dan menginginkan pahala yang sempurna hendaklah dia mengikuti jejak Rasulullah SAW. Beliau tidak berpuasa sebulan penuh dalam bulan Rejab dan tidak pula dalam bulan Sya’ban.

Banyak hadis-hadis palsu wujud berkenaan kelebihan berpuasa pd bulan Rejab. Tidak ada satu hadis sahih yang mengatakan " barangsiapa berpuasa 3 hr dr bulan Rejab nescaya Allah menuliskan baginya puasa sebulan. Barangsiapa berpuasa 7hr dr bulan Rejab nescaya Allah menutupkan drnya 7 pintu neraka.Barangsiapa berpuasa 8hr dr bulan Rejab nescaya Allah membukakan 8 pintu syurga. Barangsiapa berpuasa pada Nisfu Rejab nescaya Allah menuliskan bgnya keredhaan Nya, dn barangsiapa yang dituliskan Allah akan keredhaanNya ia tidak akan mengazabkannya, barang siapa puasa Rejab sepanjang bulan Allah akan menghisabnya dgn hisab yg mudah"....Hadis ini adalah Hadis Mauduk...

Ringkasnya, perbanyakkan ibadah dr biasa, membaca al Quran, puasa Isnin khamis, berzikir, bersedekah, dan melakukan ibadah seperti biasa cuma pertingkatkan lagi utk persediaan memasuki Ramadhan tanpa berpegang pd bulan2 tertentu. HATI-HATI DENGAN HADIS2 PALSU...Wallahualam.
kredit buat Ustazah Thaniah yang dicintai :)

UNTUK MEMBERITAHU YANG BELUM TAHU
UNTUK MENGINGATI YANG SUDAH TAHU
TAPI JGN PULA TAK AMBIL TAHU ^_^

Tuesday, 22 May 2012

PERMATA HATI PENGARANG JANTUNGKU

Assalammualaikum..  Kali ini nak cerita pasal permata hati pengarang jantung saya. Sapa?? Selain mak, abah n kakak2, anak2 buah merupakan 'sweetheart' saya. Jom check  out  ^_^.

MUHAMMAD AFIF NAZHAN MARZUKI a.k.a  ABG LONG
Nazhan ni anak buah yang pertama merangkap anak dan cucu sulung dalam famili. Kiranya yang paling bertuah la kan.. Ye la, bila jadi yang pertama ni, semuanya baru. Tapi banyak tanggungjawab kan? Anak sulung ni selalunya garang kan. Macam ibu dia la, Along saya, ALYANA . :D haha
 Walaupun beza umur 11 tahun, tapi.... saya suka gadoh dengan dia. hehe. Nazhan ni sangat cermat bab makan. Dia punya fevret ialah nasi dengan telur goreng letak kicap. Itu je la yang dia akan makan bila semua orang tengah menjamu selera.. ^_^ Sekarang da masuk darjah satu . Hensem sangat bila tengok dia pakai baju sek n rambut sikat tepi.  :)
<3 <3 <3



MUHAMMAD AQIF NAUFAL MARZUKI a.k.a ABG NGAH
Naufal cucu ke 3 dlm famili n anak ke 2. So, kami panggil dia abg ngah. Naufal ni memang suka bercakap. Penat kadang2 tu nak melayan. :D. Kalau tangkap gambar, suka buat 'peace' macam tu. :) Sekarang dia 5 tahun la..  Pernah sekali time tengok gambar 'Boboiboy', tiba2 ja di kata " lepas ni panggil abg ngah BOBOIBOY tau.. " haha. Comel sangat kan? Dia suka makan ayam sebab UPIN IPIN pun suka. ^_^. Satu hari tu, mata dia luka, bila kami (mak2 sedara dia) tanya kenapa, dia kata " abg ngah main power rangers, kawan abg ngah jadi power rangers.. abg ngah jadi laksasa.."  abis muka dia ^_^. ....ABG NGAH OH ABG NGAH..
<3 <3 <3


MUHAMMAD AZFAR NAZEEF MARZUKI a.k.a ADIK
Comel kan ??  Yang ni cucu ke 4. Adik abg2 kat atas tu. 3 hero dlm famili Along saya. Umur baru masuk 2 tahun. Suka sangat bila dia minta susu " nak ququ". Tak tau la mana huruf S dia hilang. :D
Lagi satu, dia suka ajuk cakap orang. Kalau saya panggil " Nazeef...." dia pun.. " ajeef..." :)
Buat masa la ni, dia suka sangat gigit orang dan 'sembuq' bila di marah. Kuat merajuk jugak ni..^_^
<3<3<3



SYAIFUL ALMIZAN ABDULLAH a.k.a ABG MIZAN
Kenapa muka dia macam tu?? Sebab dia memang suka buat muka time ambil gambar. hehe
Cucu ke 3 dan anak sulung angah saya. ALMIZA. Sekarang ada kat SABAH bah. Ikut umi dan abah dia. Memang rindu gila la kat dia. nanti time cuti sek leh jumpa, walaupun cuma untuk 2 ari. Ye la, dia balik 26, 28 dah nak kena pergi matrik.. :(. Mizan ni dia jenis yang suka pendam. Kadang2 bila kena marah.. dia diam ja. Pas tu ayaq mata kuar. hehe. Kalau bab2 gadoh, dia suka gak beralah. baguih kan? haha. Sekarang tak tau la perangai dia camna. 6 bulan dah tak jumpa. Umi dia kata, sekarang dah pandai cakap Sabah bah... Suka gak gadoh dengan dia sampai dia kata " umi... tengok ucu ni.. " hehe :D
<3 <3 <3



Gambar ni time malam raya. Lawak pun ada bila tengok budak2 ni solat. Macam2 betul. ^_^ Apapun memang saya tabik la kat si imam cilik ni ( sepupu saya ) time ni umur dia 9 tahun. Bacaan dia, perh.. sampai saya pun malu sebab dia boleh hafal surah2 lazim dengan baik. Go go caiyok to all my sweethearts.. Luv u so mashhh. <3 :)
Imam : Ameer Hakim Ayub (10) Makmum : [berbaju oren] Ameer Hafizin Ayub (8), Nazhan, Naufal dan Almizan. ^_^


ANAK ITU AMANAH ALLAH
AMANAH INILAH AMANAH TERINDAH
CORAKLAH KAIN PUTIH INI SEBAIKNYA
MOGA MEREKA MENJADI KHALIFAH TERBAIK
DUNIA JUGA AKHIRAT

SALAM MESRA :)






Sunday, 20 May 2012

OH POKOK KU ... ^_^

Assalammualaikum.. Kat sini saya nak cerita pasal pokok2 yang ada kat rumah sya. Selama ni saya bukan ambil tahu sangat. Kat rumah ada pokok apa.. berapa jenis.. nak buat apa... Bila nak tulis blog. Baru saya tahu... oooo.

POKOK DAN KEGUNAANYA. ( dah macam tajuk buku pula  ^_^ )


Ni pokok cempedak. Tak masak lagi nie. Sedap oo kalau buat cucur.. Pokok ni ada kat belakang rumah.. ^_^
Siapa kenal pokok ni?? Angkat tangan.. :D. Ni pokok kuchai. (btul x eja ni? ) Selalu guna kalau nak masak sayur. Kalau masak sekali dengan pucuk dan 'soun' tambah pulak telur.. memang sedap la.. ^_^
                           
  Ni pokok cili a.k.a cabai. Nampak tak cabai dia?? warna hijau tu.. hehe..
Tak banyak la sangat.. ada la 2 pasu kat belakang rumah tu. ^_^


Cuba teka ni pokok apa...... Kalau betul dapat hadiah.. :D. Mesti tak tahu kan ni pokok apa.. Jeng3... Ni la pokok daun biak... Jangan duk kata saya buat jual pula.. Daun dia kalau direbus dan diminum, baik untuk kesihatan.. Sebab tulah abah saya tanam. ^_^ Macam mana pulak orang yang ketagih tu minum?? Diorang tu letak macam2. Tu yang boleh khayal tak tentu pasal :).  Betullah orang kata, dadah yang sedikit itu boleh mengubati dan dadah yang banyak boleh bawa mati. :D


Ni pokok jambu batu.. Jambu dia baby lagi. So kecil lagi la. Tak berapa nak nampak pula . Lagipun memang jambu dia jenis kecil pun. Kalau dah tua pun dia tetap kecil ^_^


Ni la pokok kunyit. Kunyit dia ada kat dalam tanah. So, tak nampak la. Kalau guna kunyit ni, masakan kita jadi wangi... Beza kalau guna kunyit yang dah jadi serbuk. Kalau nak tengok kunyit hidup ni.. Mai la rumah. ^_^

"Melentur buluh biarlah dari rebungnya". Ni lah pokok buluh tu.
 Mana rebung?? Tak nampak la pula. :) Apapun, rebung memang sedap kalau buat gulai. ^_^

Pokok kelapa a.k.a pokok nyoq. Tinggikan?? Saja la ambik gambar pokok yang paling tinggi. Yang rendah pun ada. Macam mana nak ambil nyoq muda dari pokok ni ?? Memang tak pernah pun tunggu nyoq tua jatuh je la.. ^_^


Ni pokok pinang. Yang sebelah kanan tu buah dia :). Kenapa pokok ni rendah dan tak serupa dengan poko pinang yang ada kat bendera Pulau Pinang?? Sebabnya, tok saya kata.. Ni pokok pinang india.. Style kan?? ^_^


 Erm... Sedapnya. Kalau buat cicah sambal belacan ni... Perghh.. :D
Ni pokok mangga a.k. memepelam or orang panggil pokok pelam ja. Pokok pelam ni ada macam2 jenis. Antaranya pelam epal dan pelam konen. Yang ni saya tak tau la pula jenis yang mana.. ^_^









Jelas tak pokok ni pokok apa?? Kalau tak jelas harap maaf la ye :) Ini pokok ceri. Buah dia bukanlah buah ceri yang lawa macam kat Tv tu.. :D Buah ceri ni ceri kampung. Sedap buah dia, Manis.. ^_^










Hurm... Ni pokok petai belalang. Kenapa belalang?? Tak tau lah. Mungkin sebab petai dia kecil kot. Pokok ni junior lagi. Kalau yang senior, tingii.. :D Macam mana rupa petai dia?? Macam petai la.. haha. Cuma dia kecil sangat. Boleh dimakan begitu saja. Dan tak la busuk macam petai besar.. Apapun, makan petai makruh.. Sebab tak berapa nak wangi... ^_^




Perkenalkan.. Pokok pisang... :D. hehe. Mana buah pisang?? "Pisang tak akan berbuah 2 kali" Sebab tu tak ada buah.. :). Apapun, walaupun tak ada buah, daunnya boleh digunakan buat balut nasi lemak dan buat lepat pisang. Dan..kalau nak 'perangat' (reheat) pulut, gunalah daun pisang supaya pulut tak melekat kat kuali.. Selamat mencuba.. ^_^.




UBI KAYU :) Betulah kan.. " Diam2 ubi berisi" Pokok ni tak tunjuk pun ubi dia. Bila kita korek tanah, tengok2 besar ubi dia. :D Sedap oo ubi kayu rebus makan dengan nyoq dan gula.. Pesanan dari penaja : jangan lupa, masa darurat dulu, orang2 tua kita makan ubi kayu je.. ^_^




Kalau tadi saya tunjuk pokok jambu batu. Yang ni pokok jambu ayaq (air). Apa beza ?? Bezanya pada kekerasan.. :) Jambu batu keras, kalau pakai gigi palsu, tak payah la dok makan. Buah ni lembut, boleh makan kalau pakai gigi palsu :D. Sedap ni makan dengan kuah rojak.. Nyum2. ^_^


Pokok apakah ini?? Ni la pokok bunga kantan.:) Tu.. Yang warna pink tu la bunga kantan. Kalau nak masak laksa, guna bunga nilah nak bagi wangi. Tapi dalam laksa, guna yang kucup, kalau dah kembang, orang tak guna dah. Cantik kan ?? ^_^


POKOK KELADI namanya.. Tak tau nak kata apa... :D Kalau buat sayur keladi.. memang best la. Pokok ni gatai sikt. Sebab tu la, ada mak kawan saya ni selalu kata :
' tu nak p mana pulak, p mengkeladi (menggatal) la tu'
hehe ^_^


Sapa pernah makan ulam pucuk putat?? Ni la pokok PUTAT. Kalau nak buat ulam.. Ambil yang pucuk je tau.. :) Rasa dia pahit la sikit.. Tapi sedap.. ^_^

Nama diberi : SERAI :) Serai orang guna dalam masakan. Nak ambil dia susah sikit, kena guna pisau. Kadang2 saya sampai jatuh terduduk sebab tarik serai. hehe ^_^

Lalang. Kenapa saya letak lalang ?? sebab lalang ni ada satu fungsi yang sangat bagus... nak tau apa?? Lalang ni merajinkan manusia.. Kenapa?? Supaya manusia rajin ambil mesin potong rumput untuk potong dia. Bagus kan.. ^_^




Penat juga nak upload gambar kan??  :D. Apapun..
Moral of the story : Kadang2 kita jarang ambil tahu benda yang dekat dengan kita. Bila kita nak guna, barulah kita tanya kan..
Peringatan untuk diri sendiri. >_<



KEINDAHAN MERUPAKAN ANUGERAH TERINDAH

Thursday, 17 May 2012

INDAHNYA AKHLAK BAGINDA

Buah limau mengingatkan saya akan sebuah kisah Rasulullah s.a.w. Pertama kali mendengar kisah ini adalah melalui ceramah ustazah saya yang saya hadiri pada bulan Mac yg lalu. Ini kisahnya. Artikelnya saya ambil dari Iluvislam.com.


"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.
Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu.
Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."
Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan datangnya dari orang bukan Islam. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa kerana sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya ditewaskan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.
Wallahualam...

Sumber Teks: syokislam.blogspot.com

HAYATILAH ^_^

SALAM KENAL DAN PERKENALAN

Assalammualaikum. Salam sejahtera. Melihat ramai teman yang mempunyai blog, saya pun rasa teringin untuk memilikinya. Bagi saya, mereka yang memiliki blog pasti merupakan seorang yang suka berkarya. Jadi saya juga mahu menjadi si pengkaryalah. :D 

Saya ada seorang kawan. Di sekolah memang jarang menegurnya kerana dia bukan rakan sekelas. Bagi saya dia merupakan seorang pelajar lelaki yang pendiam. Saya suka gelarnya seorang yang 'misteri'. :D [ini sudut pandang saya  yang hanya mengenalinya dari cara pembawakannya di sekoah  ^_^]
Kawan saya ini mempunyai sebuah blog. Saya suka membaca entri2 di blognya. KREATIF ! Walaupun dia seorang yang pendiam di sekolah, tetapi apabila dia menulis di blog, sifat yang tak pernah dia tunjuk terserlah.
Benarlah kata pepatah, "jangan menilai sesuatu berdasarkan luaran". Inilah kehidupan. Hanya melalui penulisan, kita dapat mengenali seseorang itu. Begitu juga dengan teman-teman saya yang lain. Saya rasa lebih kenal mereka melalui nukilan di blog.


Mengenai diri ini.. Saya hanya seorang manusia yang sedang belajar mengenal erti sebuah kehidupan dan masih mencari identiti diri agar bisa menjadi insan yang berakhlak tinggi, bersahsiah terpuji dan seterusnya menjadi muslimah sejati. InsyaAllah.:)


Dari Abdullah bin Umar r.a., nabi SAW bersabda yang bermaksud :
"Seorang Muslim itu bersaudara kepada seorang Muslim yang lain, ia tidak menzalimi dan menghinanya."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


SALAM PERKENALAN