Saturday, 1 March 2014

HIDUP DAN KEHIDUPAN YG SEMENTARA

BISMILLAH

Kala ini.. Ada manusia yang masih nyenyak  tidurnya
Kala ini.. Ada manusia yang masih leka bersandiwara
Kala ini.. Ada manusi yang lupa pada yang ESA

aduh.. manusia..

Tika manusia lain kuat berusaha.. kenapa kau belum bermula
Tika manusia lain bergerak ke depan.. kenapa kau masih di sana
Tika manusia lain takut akan kehidupan.. kenapa kau masih leka

manusia..
ayuh bangun. bangkit dari fantasi. ini sebuah realiti.



HANYA SEBUAH KARYA

Assalamualaikum.. saya nak kongsi sebuah karya saya.. Sebenarnya saya suka berpuisi, tetiba terjumpa karya lama.. sekadar perkongsian ^_^


APAKAH YANG MEREKA MAHU ??

Kadangkala akal ini tidak megerti, hati ini tidak tahu dan jiwa ini tertanya-tanya, apakah yang sebenarnya manusia mahu dalam kehidupan mereka?

Apakah yang mereka mahu?
Apabila kita melakukan tugas, mereka kata ‘GIAT’
Apabila kita duduk sahaja, mereka kata ‘LIAT’

Apakah yang mereka mahu?
Apabila kita buat baik, mereka kata menunjuk
Apabila kita buat jahat, mereka mula mengutuk

 Apakah yang mereka mahu?
Apabila diberitahu, mereka tidak percaya
Apabila tidak dikhabarkan, mereka pula yang tertanya-tanya

Apakah yang mereka mahu?
Apabila disuruh, mereka buat tak tahu
Apabila dilarang, itulah yang mereka laku

Apakah yang mereka mahu?
Peraturan dicipta untuk dipatuhi
Namun mereka tetap melanggari

Apakah yang mereka mahu?
Ada guru kadangkala tidak dihargai
Itulah punca ilmu tidak diberkati

Manusia, tolong katakan, apakah mahumu?
Kenapa perlu semua perkara tak kena dimatamu?
Wahai manusia, kalau tahu, katakan tahu. Kalau tak tahu, apa kata mari kita sama-sama menuntut ilmu.





                                                                                                       Nukilan,
ATYQAH BINTI ABDULLAH
                                                                                                                                  5P2 ^_^


Ahamdulillah, setiap manusia diberi kelebihan tersendiri. Gunakanlah sebaiknya ^_^