Kata Imam Syafie, 'jika kamu tidak dapat menahan lelahnya belajar, maka tanggunglah perihnya kebodohan'.
Hari ini, tika ini. Semua orang adalah pejuang. Pejuang yang sedang berjuang dalam sebuah perjuangan yang cukup panjang. Perjuangan yang entah bila ia bermula dan entah bila juga ia akan berakhir. Tapi yang pasti, perjuangan ini bukanlah perkara yang sia-sia. Perjuangan yang diiringi air mata dan keringat ini pasti akan diganjari oleh Allah. PASTI !
Dan harini juga, aku juga sedang berjuangan. Demi setitis ilmu dalam lautan Ilmu Allah. Sungguh, terasa lelahnya. Di zaman covid ini, terasa berat, berasa cepat putus asa terutama apabila melihat seorang demi seorang sahabat seperjuangan mengundur diri.
Maka di detik ini, aku perlu berhenti dan menoleh sebentar, saat diri ini mula-mula mengambil keputusan untuk berada di jalan ini. Kenapa ? Mengapa ? Bagaimana aku boleh mempasakkan azam dan keyakinan itu.
Apa matlamat aku sebenarnya ? Apa yang aku mahu dari diri ini ?
Ini jalan perjuangan yang aku pilih. Dan aku yakin, di sini jugalah jalan yang Allah beri pada aku. Meski ia nampak panjang dan payah tapi semuanya milik Allah. Dari Allah semua perkara datang, maka kepada Allah jua ia akan kembali !
Sentiasalah ingat akan KalamNya.
'nikmat mana yang kau mahu dustakan?'
'bersyukurlah, maka Aku akan tambah lagi'
Sabar dan Syukur
💓
No comments:
Post a Comment